Laman Web Pendidikan Pencegahan Dadah Sk Kipaku Tambunan

Aktiviti Melukis Mural

Aktiviti melukis mural anti dadah di laluan PPDa.

Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah

Murid sedang melukis poster anti dadah.

Lawatan Pegawai dari PPD

Lawatan dari pegawai ppd untuk membantu persediaan pertandingan laluan PPDa.

Aktiviti Gotong royong

Aktiviti gotong royong bersama ibu bapa.

Laluan PPDa

Laluan PPDa sedang dalam pembinaan.

Tuesday, 12 September 2017

Gambar Aktiviti PPDa Sk Kipaku




















Share:

Profil

PROFIL
Pengetua: Nordin Bin Zaini
Kod Sekolah: XBA1223
Gred: B             
Sesi: Pagi
Jenis Bantuan: Sekolah Kerajaan
Jenis Murid: Lelaki dan Perempuan
Bahasa Penghantar: Bahasa Malaysia
Lokasi Pendaftaran: Luar Bandar
No. Telefon: 087 774848
No. Faks: 087 774848
Portal Sekolah
Emel: skkipakutambunan@gmail.com
Luas Kawasan Sekolah: 6 ekar
Status Sekolah: Sekolah Biasa
Tarikh Ditubuhkan
Jabatan Pelajaran Negeri: JPN SABAH
Pejabat Pelajaran Daerah: PPD Tambunan
Kawasan PKG: PKG Tambunan
Kawasan Parlimen: Keningau
Dewan Undangan Negeri: Tambunan
Daerah PentadbiranPejabat Pendidikan Daerah Tambunan
Share:

Thursday, 7 September 2017

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah

                 Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah’.

                 Rasional

                 Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.

                 Objektif Pendidikan Pencegahan Dadah

                 1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

                 2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

                 3. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.

                 4. Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

                 Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah.

                 1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.

                 2. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kaki tangan   sekolah dan ibu bapa.

                 3. Pengetahuan, kemahiaran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak  Falsafah Pendidikan Negara.

                 4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.

                 5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.

                 6.  Program Pendidkan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus kearah ‘Sekolah Bebasa Dadah’.

                 Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah

                Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan tentang strategi PPDa di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum dan Kokurikulum. Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan. Hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepada strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.
Share:
MISI DAN VISI PPDa


Misi

Sekolah Bebas Dadah
Share:

Labels

Recent Posts